Selebriti Zarina Anjoulie pilih lelaki berduit sebagai pasangan susulan serik menanggung ‘biawak hidup’ dalam beberapa hubungannya sebelum ini.
Memetik laporan Utusan, Zarina atau mesra dipanggil Anju berkata walaupun pernah mengalami kegagalan dalam berumah tangga, pelakon itu tidak serik berkenalan dan menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.
Zarina Anjoulie pilih lelaki berduit
Menurutnya, ramai yang menghubunginya untuk melarang aktres itu dari keluar dengan lelaki kaya namun Anju memilih untuk tidak menghiraukannya dan tidak lagi berkongsi tentang percintaan di media sosial.
“Sebenarnya, inilah perkara paling ‘menjijikkan’ bila ramai tahu saya keluar dengan lelaki kaya. Siap ada yang mesej saya supaya tak keluar dengan lelaki begitu.
“Itu sebabnya, sekarang ini bila ada kekasih baharu saya sudah tak kongsikan siapa dia di media sosial. Maaflah, saya dah serik.
“Memang jujur saya hanya keluar dengan lelaki berduit sahaja sekarang ini. Dulu, saya dah penat tanggung ‘biawak hidup’,” katanya.
Ujarnya, dia memilih untuk menjalin hubungan dengan lelaki kaya kerana mereka tahu bahawa kecantikan seseorang wanita itu memerlukan duit yang banyak.
Artikel lain: Zarina Anjoulie luah rasa cinta, tanpa sedar kongsi video bercumbu dengan lelaki?
Anju turut berkata dia tidak kisah sekiranya wanita lain memilih untuk hidup susah senang dengan lelaki pilihan masing-masing, namun pelakon itu tidak mahu mengulangi kisah lamanya.
“Lelaki kaya ini tahu menilai, faham tak? Mereka tahu kecantikan wanita itu semua perlukan duit. Untuk tampil cantik, perlukan duit.
“Orang yang mengata saya begitu, mereka jadikan lelaki miskin sebagai pasangan hidup, itu dia punya pasal. Pergilah cari kebahagiaan dengan lelaki miskin pilihan awak tu.
“Saya tak mahu sebab sudah serik. Saya tak suka bila cakap saya hanya cari lelaki berduit,” ujarnya.
Tak mahu pelihara ‘biawak hidup’, Zarina Anjoulie pilih lelaki berduit
Menjawab soalan tentang memilih lelaki kaya kerana sudah ‘pasang badan’, Anjur berkata dia layak untuk membuat pelbagai permintaan kerana dia sudah mempunyai segala-galanya.
“Saya layak apa hendak ‘demand’. Saya sudah ada segala-galanya, sudah berada di tahap bolehlah hendak ‘demand,” katanya.
Bagaimanapun, Anju memaklumkan dia sebenarnya sudah serik untuk mendirikan rumah tangga namun tetap menjalin hubungan dengan lelaki yang kaya.
“Sebenarnya serik juga hendak berkahwin. Sekarang ini, bila orang kata saya pula hanya pilih atau mahu kahwin dengan lelaki kaya sahaja.
“Saya nak tanyalah, perempuan mana yang tidak mahu lelaki kaya? Jangan menipulah! Kalau ada yang kata tidak hendak, itu sebab tiada lelaki kaya yang mahu pada dia.
“Perempuan mana yang tak suka duit? Jadi tidak payahlah mahu cakap ‘oh Anju hendak lelaki berduit sahaja’. Hakikatnya saya ada duit dan saya pun mahu lelaki yang berduit,” ujarnya.
Ada hak, Zarina Anjoulie pilih lelaki berduit
Dalam pada itu, Anju juga menafikan dirinya memilih lelaki kaya kerana dia seorang ‘kaki kikis’, namun hanya mahu mengelakkan dari sejarah lama berulang lagi.
“Hello, kita bukan kaki kikis ya! Saya tahu ramai lelaki marah kalau saya cakap pasal benda ini. Tapi saya tak kisah sebab ramai lelaki yang pernah saya tolong sebelum ini.
“Dalam 10 lelaki, entah-entah cuma dua orang saja daripada mereka yang betul susah senang dengan kita. Selebihnya, ada wanita lain di belakang.
“Kenapa bila wanita hendak hidup dengan lelaki berduit, kita dituduh kaki kikis pula? Hentikanlah persepsi begini. Kaum wanita, usahlah diperbodoh-bodohkan lagi oleh kaum lelaki,” tegasnya.
Sumber: Utusan (Siti Athirah Dzulkifly)