DBKL nafi cadang hapuskan tulisan Cina pada papan tanda Jalan Petaling

DBKL nafi cadang hapuskan tulisan Cina pada papan tanda Jalan Petaling

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan cadangan untuk menghapuskan tulisan Cina pada papan tanda Jalan Petaling.

DBKL berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan ingin memaklumkan bahawa papan tanda yang dipasang di kawasan pusat penjaja Jalan Petaling, mematuhi garis panduan dan dasar yang ditetapkan.

Menurutnya, sehingga kini, DBKL tidak mempunyai sebarang perancangan atau cadangan untuk mengubah atau mengeluarkan tulisan Cina daripada papan tanda berkenaan.

“DBKL juga ingin menjelaskan bahawa setiap keputusan berkaitan papan tanda dibuat dengan merujuk kepada Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan 1982 serta turut mengambil kira aspek warisan, budaya, dan keperluan komuniti setempat.

“Sebarang perubahan terhadap papan tanda akan melalui proses pertimbangan yang teliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, oleh itu, DBKL menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan dakwaan yang tidak berasas ini dan merujuk kepada DBKL untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

“DBKL juga akan terus komited dalam memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang inklusif serta menghormati kepelbagaian budaya dan warisan semua kaum,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top