Nina Ismail Sabri Kongsi Keadaan Terkini Bapa

Nina Ismail Sabri Kongsi Keadaan Terkini Bapa

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di rumah.

Beliau yang dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Bekas PM rebah secara tiba-tiba

Anaknya, Nina menerusi hantaran di Instagram Story Nina menceritakan bahawa pagi kejadian itu sangat mencemaskan baginya, namun keadaan bertambah baik pada sebelah petang.

nina ismail sabri

Dia bersyukur bapanya kini dalam keadaan stabil, sedar dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Nina turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghubunginya melalui panggilan telefon, mesej serta DM.

Walaupun belum sempat membalas semuanya, dia berjanji akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Dalam perkongsian yang sama, Nina menekankan betapa pentingnya kesihatan dan menasihati orang ramai agar segera mendapatkan rawatan jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Gambar lama pada 2014, kadang kala saya lupa ayah semakin menua” – Nina

ismail sabri

Dalam perkongsian lain, Nina memuat naik sekeping gambar lama ayahnya yang diambil pada tahun 2014.

Saat menunggu ayahnya sedar di hospital, dia mengimbau kenangan lalu dan menyedari betapa cepat masa berlalu.

I keep saying that I’m getting old that I sometimes forget that my parents are getting way older.

Melihat rakan-rakan yang telah kehilangan ibu bapa baru-baru ini membuatkan Nina semakin menghargai waktu bersama keluarganya.

Nina juga lebih tegas menjaga pemakanan bapanya, lepas ni Pak Long kena elak makanan bergoreng dan kuih-muih untuk menjaga kesihatan.

#ApaKataOhmedia

Semoga Datuk Seri Ismail Sabri segera sembuh seperti sedia kala. Memang betul semakin hari ibu bapa semakin menua dan kita sudah tidak banyak masa bersama mereka. Hargailah waktu-waktu yang ada dengan menggembirakan mereka.


Scroll to Top