Kuala Lumpur: Pelakon Emma Maembong, 33, dan kekasih hatinya yang dikenali sebagai DJ Kidd nampaknya kian terbuka menunjukkan kisah romantis mereka di media sosial.
Terbaru, DJ Kidd mendedikasikan beberapa hantaran dengan meluahkan rasa cinta pada Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail di TikTok.
“Saya cinta awak, tak perlu tunggu syurga untuk jumpa bidadari. Saya akan menjadi suami terbaik untuk awak,” katanya.
Pasangan terbabit dilihat meluangkan masa bersama menerusi perkongsian beberapa foto dan video mereka berdua.
Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.
Mereka juga didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Kakak Emma iaitu Shikin Maembong bagaimanapun pernah menafikan dakwaan aktres itu sudah menamatkan zaman janda.
Kata Shikin, Emma sedang berkawan dengan lelaki namun masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Pada Oktober tahun lalu, Emma memaklumkan sudah bercerai secara baik dengan Muhammad Shazli Azhar selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
Ā© New Straits Times Press (M) Bhd