Beri bayangan sudah berkahwin? DJ Kidd kongsi video peluk Emma Maembong

Beri bayangan sudah berkahwin? DJ Kidd kongsi video peluk Emma Maembong

Deejay sebuah kelab malam menarik perhatian ramai selepas berkongsi video peluk Emma Maembong sekaligus memberi bayangan bahawa mereka sudah berkahwin.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd telah memuat naik video memaparkan dirinya sedang meluangkan masa bersama Emma di sebuah kafe sambil menikmati pencuci mulut.

DJ Kidd peluk Emma Maembong

peluk Emma Maembong

Dalam hantaran berbeza, DJ Kidd telah memuat naik video memaparkan dirinya bersama aktres tersebut di sebuah akuarium bersama kapsyen memberi bayangan telah menjadi suami kepada Emma.

“Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak,” tulisnya pada video tersebut.

Video itu turut memaparkan Emma yang memakai gaun berwarna merah sedang berpelukan dengan DJ Kidd disamping turut mencium pipi dejaay kelab malam itu.

Artikel lain: Emma Maembong baik dengan bekas suami – “Kenapa perlu gaduh? Anak-anak perlukan kasih sayang ibu bapa..”

Pada masa yang sama, DJ Kidd turut memuat naik satu foto bersama Emma sedang bercuti dan menggelar aktres itu sebagai bidadari di dunia.

“Saya sayang awak. Tak perlu tunggu syurga untuk jumpa bidadari,” katanya.

Beri bayangan sudah kahwin, DJ Kidd peluk Emma Maembong

Sementara itu, tular juga satu video di media sosial memaparkan aktres berusia 32 tahun itu sedang menunggang motosikal bersama DJ Kidd sambil memeluknya, namun hantaran tersebut telah pun dipadam di InstaStory.

Menguatkan lagi spekulasi mereka kini sudah bersama, deejay kelab malam itu turut mencipta ‘highlight’ menerusi Instagramnya yang memaparkan momen-momen manis mereka bersama.

Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan deejay kelab malam itu.

Sebelum ini, tular spekulasi Emma telah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Video peluk Emma Maembong

Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki sebelum mengumumkan perceraian mereka pada 7 Oktober 2024.

Sumber: Instagram djkidd_official

Scroll to Top