Jaringan lewat permainan buat PSG cemas – Enrique

Jaringan lewat permainan buat PSG cemas – Enrique

Paris: Pengurus Paris St Germain, Luis Enrique tidak menyukai saat akhir perlawanan yang mendebarkan selepas kemenangan 3-2 pasukannya di Olympique Lyonnais dengan anak buahnya melepaskan gol masa tambahan sekali gus membawa kepada drama lewat permainan.

PSG melebarkan rekod kemenangan mereka kepada lapan perlawanan berturut-turut dan meraih 59 mata dalam Ligue 1 untuk memperluaskan kelebihan kepada 13 mata di atas Olympique de Marseille yang berada di tempat kedua.

Walaupun jurulatih Sepanyol itu memuji pasukannya atas persembahan yang baik selain, beliau mengakui bahawa mereka kehilangan kawalan permainan menentang Lyon yang berada di tempat keenam selepas dua kali mendahului menerusi kelebihan dua gol dan terpaksa bertahan sehingga akhir.

“Separuh masa kedua bermula dengan intensiti yang baik, kami menjaringkan dua gol namun ada dua situasi penting di mana kami terus mempercepatkan permainan dan mencari gol.

“Apabila anda bermain terlalu banyak dengan hati, kepala anda berhenti berfungsi, dan dengan kelebihan dua gol anda perlu mengawal permainan. Apabila ada pasukan yang sudah kehilangan peluang, ada risiko tertentu.

“Perlawanan menjadi rumit pada akhirnya dan dalam beberapa minit terakhir, ada rasa bertahan dengan menambah beban iaitu pada pendapat saya, bukanlah cara terbaik untuk bertahan,” kata Luis Enrique dalam sidang media.

Selepas kemenangan agregat 10-0 ke atas Brest dalam perlawanan playoff Liga Juara-Juara minggu lalu, Luis Enrique sekali lagi memuji mentaliti pasukannya, yang tidak tewas sejak bulan November.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top