Nora Ariffin Rupanya Lebih 10 Kali Pujuk Suami Minta Diceraikan Dan Dedah Sebabnya! | Oh! Media

Nora Ariffin Rupanya Lebih 10 Kali Pujuk Suami Minta Diceraikan Dan Dedah Sebabnya! | Oh! Media

Kemelut rumah tangga penyanyi Datuk Nora Ariffin nampaknya semakin berlarutan apabila dia sekali lagi menyuarakan hasrat untuk bercerai dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Menurut laporan mStar, rupanya Nora sudah lebih 10 kali dia meminta untuk diceraikan demi memenuhi permintaan isteri pertama Rushdi dan anak tirinya. 

“Saya akan penuhi permintaan mereka” – Nora Ariffin

Walau bagaimanapun, suaminya masih enggan melafazkan talak kepada Nora dan perkara ini dikongsikannya menerusi Instagram Story.

Saya sedang memujuk ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua, supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci, memburukkan serta menjatuhkan nama saya di media sosial.

Penyanyi itu juga akur dengan desakan isteri pertama Rushdi, Ustazah Rose, dan anak mereka, Alia, yang mahukan perpisahan.

Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.

Bukan tu jer, Nora turut meminta maaf kerana pernah menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Rushdi sebelum mereka rujuk semula selepas bercerai pada Ogos tahun lepas.

Mungkin bawa isu ini ke mahkamah

Nora juga menegaskan bahawa selama ini dia tidak pernah bersuara mengenai isu rumah tangganya walaupun sering menjadi perbualan di media sosial.

Namun, kali ini dia memberi bayangan bahawa perkara ini mungkin akan dibawa ke mahkamah bagi penyelesaian.

Dari 2019 saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan kepada saya di media sosial. Tetapi sekarang semuanya sudah keterlaluan, biar undang-undang yang menentukan.

#ApaKataOhmedia

Perkahwinan bukan sekadar soal cinta, tetapi juga tanggungjawab dan kepercayaan antara semua pihak yang terlibat. 

Semoga yang baik-baik saja buat Nora Ariffin dan dipermudahkan segala urusan.


Scroll to Top