Milan : Pengurus AC Milan, Sergio Conceicao memahami kekecewaan peminat selepas kekalahan kepada kepada Torino, dan menegaskan bahawa pasukan perlu mengambil tanggungjawab terhadap kekurangan mereka serta memperbaiki cara bertindak balas terhadap kekecewaan.
Milan mengharungi malam yang mengecewakan apabila gol sendiri awal dari Malick Thiaw dan penalti yang terlepas dari Christian Pulisic menyumbang kepada kekalahan 2-1 mereka di Torino.
Penyokong yang hadir menyuarakan kekecewaan mereka selepas minggu yang penuh cabaran, di mana Milan juga tersingkir dari Liga Juara-Juara, dengan beberapa sepanduk dan lagu yang mendesak pasukan untuk memperbaiki prestasi mereka.
“Adalah sangat wajar untuk mereka berbuat demikian. Kami yang datang ke sini dan tidak menang, jadi semestinya terdapat jangkaan yang lebih tinggi.
“Kami tidak berpuas hati apabila terdapat kritikan terhadap pengarah, pemain atau kakitangan. Kami adalah Milan dan menerima kritikan itu bersama-sama.
“Torino mendahului 1-0 pada separuh masa tanpa satu pun percubaan tepat ke gol, sementara kami terlepas penalti dan beberapa peluang lain.
“Perkara seperti ini berlaku dan kami mesti lebih kuat dalam memberi reaksi. Saya faham ia juga tidak mudah untuk pemain apabila pemain terbaik Torino adalah penjaga gol mereka dan kami mempunyai 30 percubaan ke gol,” kata Conceicao kepada pemberita.
Beliau menambah lagi bahawa pasukannya masih kekurangan kesepakatan yang diperlukan untuk beraksi di peringkat tertinggi dan cenderung melakukan terlalu banyak kesilapan.
© New Straits Times Press (M) Bhd