Pemain ski British ditemukan maut di kaki cenuram Alp Perancis

Pemain ski British ditemukan maut di kaki cenuram Alp Perancis
Pemain ski British ditemukan maut di kaki cenuram Alp Perancis

Seorang pemain ski warga Britain ditemukan maut di kaki cenuram berhampiran pusat peranginan ski Avoriaz di Alp Perancis. Foto Agensi

LONDON – Seorang pemain ski warga Britain ditemukan maut di kaki cenuram berhampiran pusat peranginan ski Avoriaz di Alp Perancis, menurut seorang pendakwa raya tempatan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mayat lelaki berusia 23 tahun itu, yang masih belum dikenal pasti, ditemukan pada Isnin di kaki cenuram yang menempatkan pusat peranginan ski Avoriaz, berhampiran Bandar Morzine di Wilayah Portes du Soleil.

Pendakwa raya tempatan, Xavier Goux-Thiercelin, mengesahkan kematian lelaki itu pada Jumaat.

Siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis Montriond dan Avoriaz bagi menentukan punca kematian.

Menurut akhbar tempatan Le Dauphiné Libéré, mangsa dipercayai terjatuh secara tidak sengaja dari cenuram pada Ahad malam, 16 Feb.

Jurucakap Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan Britain berkata: “Kami memberikan sokongan kepada keluarga seorang lelaki Britain yang meninggal dunia di Perancis dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.” – Bernama

Scroll to Top