Oleh Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my
FOTO Ihsan orang awam
tolong kaburkan wajah Husna
(online) (to22feb9) H: ‘Syukur, Husna sudah ditemukan’-ibu
Besut: “Alhamdulillah, syukur Husna sudah ditemukan, terima kasih kepada semua yang membantu sehingga Husna ditemukan,” kata Nor Aida Abd Ghani, 37, ibu kepada Nurkhairina Husna Junaidi, 17, yang dilaporkan hilang dari asrama sebuah sekolah di daerah ini, sejak malam Khamis lalu.
Nor Aida turut berdoa supaya Allah SWT memberi kebaikan kepada semua yang membantu mengesan anaknya itu.
“Ada orang awam ternampak Husna berada dalam bas ketika berada di kawasan Bukit Payong, Marang, tengah hari tadi.
“Saya minta individu berkenaan supaya dia memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan untuk menghubungi polis.
“Husna kemudiannya selamat dibawa ke balai polis berdekatan sebelum abang saya jemput dia untuk dibawa pulang ke Besut,” katanya dihubungi.
Terdahulu, seorang bapa meminta pertolongan orang ramai untuk mengesan anak tirinya yang didakwa keluar daripada asrama sebuah sekolah di Besut.
Ahmad Firdaus Mohd Zain, 37, memaklumkan, dia menerima panggilan daripada pihak sekolah, jam 11.30 malam Khamis lalu, memaklumkan bahawa Husna tiada di bilik asrama.
Tamat
© New Straits Times Press (M) Bhd