LOS ANGELES : Penyanyi dan pelakon terkemuka antarabangsa, Ariana Grande telah mencetuskan kebimbangan ramai peminat menerusi penampilan terbaharunya di Anugerah Filem BAFTA baru-baru ini.
Penyanyi itu membuat peminat risau apabila satu foto yang menunjukkan bentuk tubuhnya yang sangat kurus menjadi tular di media sosial.
Menerusi gambar tersebut, Bintang Wicked , yang mendapat pencalonan Oscar untuk peranannya dalam muzikal tersebut, dilihat menandatangani autograf di acara namun keadaan tubuhnya yang terlalu kurus menjadi tanda tanya ramai.
“Saya hanya berharap dia baik-baik saja kerana jika saya berada di tempatnya dan semua orang berasa berhak untuk bercakap tentang tubuh saya sepanjang masa, saya pasti tidak akan okay,” komen seorang pengguna.
“Setiap kali saya melihat gambar baharu, saya terkejut semula,” kata pengguna lain.
“Saya benar-benar berharap Ariana Grande baik-baik saja, ini pasti tidak sihat,”tulis seorang peminat.
Grande telah menjadi tumpuan perhatian yang hebat mengenai penampilannya sepanjang jelajah promosi filem Wicked, di mana dia memainkan watak Glinda.
Ramai menyedari bahawa tubuhnya yang sangat kurus dan tulang dadanya yang jelas kelihatan mungkin menandakan penyanyi ini sedang mengalami masalah kesihatan namun perkara itu tidak dimaklumkan kepada umum.