“Dulu Mungkin Saya Banyak Marah, Kurang Sabar” – Tiga Kali Bercerai, Fiza Halim Ambil Iktibar | Oh! Media

“Dulu Mungkin Saya Banyak Marah, Kurang Sabar” – Tiga Kali Bercerai, Fiza Halim Ambil Iktibar | Oh! Media

Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mengakui dirinya kini sedang bercinta dengan seorang lelaki yang memahami tetapi enggan terburu-buru dalam perhubungan selepas tiga kegagalan perkahwinan terdahulu.

BACA: “Merangkak Nanti Di Sana Minta Maaf Kat Aku” – Fiza Halim ‘Up’ Foto Anak, Selar Netizen Sebar Fitnah

Lapor Kosmo!, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim mengakui perkara ini ketika ditemubual dalam satu program hiburan baru-baru ini.

Fiza mengaku mengenali duda anak satu

fiza halim

Selebriti ini berkata, kini dia lebih matang dalam menjalani kehidupan. Walaupun hatinya kembali terbuka untuk menerima cinta selepas hampir lima tahun menggalas status janda, dia lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

Saya memang sedang mengenali seseorang cuma kami tidak mahu tergopoh-gopoh. Masing-masing pernah berkahwin dan punya anak, jadi kami fokus kepada kerjaya. Pada usia sebegini, kita bukan cari kekayaan, kesenangan atau kemewahan, cuma nak bahagiakan jiwa serta tenangkan hati. Lebih kepada bersederhana sahaja. Sekurang-kurangnya kita tahu ada orang yang menyayangi diri ini.

Fiza turut berkongsi bahawa lelaki yang berjaya mencuri hatinya kini merupakan seorang duda anak satu.

Paling penting, beliau menegaskan bahawa lelaki itu bukan milik wanita lain dan dia sendiri tidak mahu dikaitkan dengan gelaran ‘penyondol’.

Ambil iktibar dari perkahwinan terdahulu

fiza halim

Sekarang pun baru saya sedar, dulu mungkin saya banyak marah serta kurang sabar. Bersama lelaki itu saya lebih relaks dan bahagia.

Pelakon cantik ini bersedia menerima segala kekurangan dan kelebihan kekasihnya serta memohon orang ramai turut mendoakan yang baik-baik.

Doakan yang baik-baik, kalau Allah sudah tetapkan jodoh, saya terima seadanya. Dia duda anak satu, yang penting dia bukan suami orang. Saya tak nak jadi penyondol. Kaya atau tidak sebenarnya saya tidak pernah memilih. Saya tak kisah pun. Paling penting dia mampu membahagiakan dan terima saya seadanya.

#ApaKataOhmedia

Tiada siapa yang berkahwin mahu hubungan berakhir di tengah jalan. Mungkin ini adalah ujian untuk Fiza sebelum berjumpa jodoh yang membahagiakannya ke akhir hayat. Kami doakan semoga semuanya dipermudahkan.


Scroll to Top