hafizithnin@mediaprima.com.my
Dapur Brahim’s menampilkan kulinari istimewa yang menampilkan lebih daripada 100 hidangan lazat yang diinspirasikan daripada tradisi Ramadan Malaysia di Preview Nostalgia Ramadan.
Baru-baru ini Wanita Metro (WM) berkesempatan menghadiri previu juadah yang disediakannya bagi memberikan gambaran awal mengenai keaslian rasa dan pengalaman menu di Randau Rasa, Bangi sepanjang Ramadan ini.
Menawarkan hidangan nostalgia tempatan dengan pelbagai pilihan hidangan lazat, dari masakan klasik tempatan yang digemari ramai hingga ke sajian istimewa membangkitkan kenangan masakan keluarga di rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Datuk Paduka Feizal Nor Nurbi berkata, Ramadan adalah masa untuk refleksi, penyatuan dan kebersamaan.
Hidangan Nostalgia Ramadan membawa keluarga dan rakan-rakan lebih dekat dengan menawarkan pengalaman berbuka puasa yang menghidupkan kembali rasa masakan rumah.
“Kami berbangga dapat menyajikan hidangan Iftar yang tidak dapat dilupakan selain benar-benar mencerminkan jiwa dan cita rasa masakan Malaysia.
“Dapur Brahim’s terus komited dalam menyajikan sajian Melayu asli dan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan, menjadikan Nostalgia Ramadan di Randau Rasa, Bangi ini destinasi wajib bagi pencinta makanan,” katanya.
Ketika majlis berkenaan tetamu berpeluang menikmati pilihan hidangan yang disusun rapi termasuk menonton proses masakan secara langsung di beberapa kios makanan.
© New Straits Times Press (M) Bhd