[VIDEO] Nafi Hanya Mahu Lelaki Kaya, Fiza Halim Sedang Rapat Dengan Duda Anak Satu – “Yang Penting Bukan Suami Orang”

[VIDEO] Nafi Hanya Mahu Lelaki Kaya, Fiza Halim Sedang Rapat Dengan Duda Anak Satu – “Yang Penting Bukan Suami Orang”

Pelakon, Fiza Halim tanpa berselindung mengakui dirinya kini sedang diulit bahagia bersama jejaka berstatus duda anak satu.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Fiza atau nama lengkapnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim bagaimanapun menjelaskan mereka enggan terburu-buru dan masih dalam fasa mengenali hati budi.

“Ya, saya memang sedang mengenali seseorang cumanya kami tidak tergopoh-gapoh. Dia duda anak satu, yang penting dia bukan suami orang. Tak nak jadi penyondol.

“Kami masing-masing pernah berkahwin dan ada anak, jadi kami fokus kepada kerjaya. Bila ada masa baru kami berjumpa,” katanya.

Mengambil iktibar daripada perkahwinan terdahulu, aktres berusia 43 tahun ini mengakui dia mahu mencari peneman hidup yang memberi ketenangan kepada jiwa.

“Di usia sebegini, bukan nak cari kekayaan, kesenangan atau kemewahan. Kita cuma nak bahagiakan jiwa dan tenangkan hati. Lebih kepada bersederhana sahaja. Sekurang-kurangnya kita tahu ada orang yang menyayangi diri ini.

“Sekarang baru saya sedar, dulu mungkin saya banyak marah dan kurang sabar. Dengan lelaki itu saya lebih relaks dan bahagia. Doakan yang baik-baik, kalau Allah sudah tetapkan jodoh, saya terima seadanya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite ini terkejut apabila ada segelintir pihak yang mendakwa dia hanya memilih jejaka berharta atau kaya untuk dijadikan pasangan.

“Saya pelik juga, ramai yang bercerita (suka lelaki yang kaya). Tapi sebenarnya saya tidak pernah memilih, ia datang kepada saya dengan sendiri. Saya tak kisah pun, yang penting dia mampu membahagiakan hati saya dan terima saya seadanya, itu yang saya syukuri,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Fiza pernah berkahwin tiga kali. Perkahwinan pertamanya bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dikurniakan dua orang anak perempuan.

Selepas bercerai, dia bernikah dengan penyanyi dan peserta Akademi Fantasia 2, Adam, sebelum berkahwin kali ketiga dengan Aizat Al Jefri, seorang juruterbang.

@melodiberapi

Bakal mendirikan rumahtangga kali ke4 tak lama lagi, jom kita tanya sendiri pelakon Fiza Halim. #meloditv3

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Scroll to Top