Anggap seperti keluarga sendiri, Marsha rai kemenangan AJL39 bersama anak-anak yatim & asnaf

Anggap seperti keluarga sendiri, Marsha rai kemenangan AJL39 bersama anak-anak yatim & asnaf

Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39), Marsha atau nama sebenar Marsha Milan Londoh memilih untuk meraikan kemenangan bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf Baitun Nurrawdhah, di sini.

Menerusi hantaran dikongsikan di meda sosial, Marsha kelihatan gembira meraikan kejayaan dikecapinya melalui lagu Hening Rindu, sebuah karya ciptaan Ikhwan Fatana bagi runut bunyi bagi drama fenomena TV3 berjudul Aku Bukan Ustazah.

“Syukur dan terharu dapat bertemu anak-anak tahfiz di Baitun Nurrawdhah. Kebanyakan mereka adalah anak-anak asnaf yang sangat mesra dan sudah seperti keluarga sendiri.
“Lawatan ini lebih bermakna kerana dapat meraikan kejayaan di AJL39 bersama mereka.
“ukhwah ini terus terjalin & mereka terus cemerlang dunia akhirat,”tulisnya di Instagram bersama video momen mereka bersama.

Artikel lain: Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan juara AJL 39

Marsha rai kemenangan AJL39 a

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana masing-masing tumpang gembira melihat Marsha meraikan kejayaan bersama insan tersayang.

Tidak kurang juga terdapat segelintir netizen akui sebak melihat layanan penyanyi berusia 39 tahun terhadap anak-anak terutama bayi yang berada dalam pangkuannya.

Mereka juga mendoakan agar Marsha dan suami dikurniakan rezeki zuriat kelak setelah 10 tahun berkahwin tanpa dikurniakan cahaya mata.


Terdahulu, nyanyian Marsha berjaya memukau semua yang hadir di Axiata Arena apabila menerima standing oviation daripada penonton dengan vokal dan persembahan yang cukup mantap.

Kemenangan sebagai juara di pentas AJL39 itu  melayakkan Marsha membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi utama.

Sumber: TikTok nadimarshaofficial, IG alternate.my_

Scroll to Top