“Moga-Moga Berubah Ya Nabila, Umur Makin Tua” – Netizen

“Moga-Moga Berubah Ya Nabila, Umur Makin Tua” – Netizen

Sebut saja Nabila Huda, sememangnya pelakon itu dikenali ramai kerana bakat lakonannya, malah ramai yang kagum serta memuji kecantikan kulit dimiliki aktres itu.

Baru-baru ini, perkongsian Nabila atau lebih mesra disapa Abil menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar dipercayai bercuti di pantai.

BACA: Nabila Huda Menangis Teresak-Esak Kucing Kesayangan Akhirnya ‘Pergi’

Menerusi hantaran itu, Abil memuat naik gambar kenangan bersama rakan-rakannya dan dilihat mengenakan baju jenis crochet warna nude namun menampakkan bahagian dadanya.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Abil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu diberikan hidayah untuk tampil menutup aurat selepas ini.

Kata netizen lagi, sekarang ramai golongan selebriti wanita sudah mula mengikuti majlis ilmu serta berubah ke arah lebih baik.

Ada juga netizen memberikan teguran agar pelakon itu berubah apatah lagi semakin meningkat usia tambahan pula tinggal beberapa hari untuk menyambut bulan Ramadan.

Dalam pada itu, ada yang memuji kecantikan kulit Abil serta ada yang memuji keyakinan pelakon itu yang bangga mempunyai kulit yang tanned. 


Scroll to Top