Gula-gula 'gummy' dilarang jual di semua platform

Gula-gula 'gummy' dilarang jual di semua platform

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penjualan produk gula-gula kenyal (gummy) berbentuk mata dilarang di semua platform atas talian dan pasaran domestik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk berkenaan akan dibuat berdasarkan peraturan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].

Menurutnya, saiz atau bentuk sesuatu makanan adalah tidak dikawal mengikut Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 kecuali bagi “konfeksi jeli terkawal” dengan saiz dan bentuk yang berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter.

Katanya, ia perlu dilabel dengan ‘Amaran: boleh menyebabkan risiko tercekik’ dan perkataan tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah usia tiga tahun.

“Siasatan mendapati produk ini telah menyalahi keperluan pelabelannya yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].

“KKM menegaskan bahawa produk ini adalah dilarang penjualannya di semua platform atas talian dan pasaran domestik, serta tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Kenyataan itu berkata, orang ramai terutama ibu bapa diminta untuk memantau dan menasihati anak supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan, terutama makanan yang mempunyai risiko tercekik.

Katanya, bahaya tercekik adalangan bayi dan kanak-kanak.

“Risiko itu meningkat apabila makanan tidak dikunyah dengan sempurna atau ditelan secara keseluruhan. Insiden tercekik lebih kerap berlaku dengan makanan yang keras, kenyal, kecil dan berbentuk bulat yang mudah tersekat di saluran pernafasan.

“Sebarang pengambilan apa-apa makanan oleh kanak-kanak hendaklah berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Menurutnya, KKM akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Katanya, pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan atau melihat sendiri insiden keselamatan makanan boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Selain itu boleh melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM serta Facebook PKKM iaitu SISPAA KKM: moh.spab.gov.my danFacebook PKKM: facebook.com/bkkmhq.

Sementara itu, KKM juga menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga murid berusia 10 tahun yang tercekik selepas memakan gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata dan meninggal dunia.

Terdahulu, Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Mohamad Fahmi Hafiz berada dalam kritikal dipercayai akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth di Pulau Pinang, Selasa lalu.

Mohamad Fahmi disahkan meninggal dunia, 11 semalam di Hospital Pulau Pinang (HPP).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top