Baru saja memiliki kereta jenis Mercedes-Benz AMG A Class, penyanyi Zaki Yamani juga sdah mempunyai tanah serta mahu membina sebuah rumah.
Memetik mStar Online, Zaki berkata dia melihat kereta dimilikinya itu sebagai pelaburan serta mahu memberi fokus pada kerjaya terlebih dahulu kerana membina rumah perlukan belanja besar.
BACA: Beli Mercedes Benz, Zaki Yamani Bukan Nak Berlagak Tapi Kena Jaga Imej
“Bagi saya kereta ini sebagai satu pelaburan. Jadi sebagai penyanyi muda, ini adalah satu pelaburan. Jadi saya labur kepada kereta untuk nampak yang saya berjaya sikit demi sedikit.
“Selepas ini saya mahu rumah sebab tanah sudah ada. Sekarang ini saya mahu fokus karier dulu. Dan kalau ada rezeki, bina rumah pula,” katanya.
Sementara itu, Zaki turut memohon maaf jika kenyataan sebelum ini mengatakan membeli kereta untuk menjaga imej sebaliknya mahu memberi motivasi kepada anak muda diluar sana.
“Saya minta maaf sangat sebelum ini saya salah cakap bahawa ada kereta mewah kena jaga imej. Tujuan saya mahu generasi muda ada motivasi beli kereta yang mereka mahu walaupun pada usia muda. Memang saya mahu mereka jadikan inspirasi tetapi tersalah cakap sebelum ini sehingga kena kecam,” katanya.
SUMBER: mStar Online