Remaja Lelaki 19 Tahun Ditahan Polis, Cuba Cabul Kanak-Kanak

Remaja Lelaki 19 Tahun Ditahan Polis, Cuba Cabul Kanak-Kanak

Sebelum ini Ohmedia kongsikan satu artikel tentang tersebarnya video rakaman CCTV seorang lelaki ceroboh ruang solat wanita dan melakukan perkara tidak senonoh seorang kanak-kanak perempuan.

Kejadian itu berlaku di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali Selangor ketika jemaah sedang solat subuh berjemaah.

BACA: Tular CCTV Lelaki Ceroboh Ruang Solat Wanita, Cuba Buat Perkara Tak Senonoh Ketika Solat Subuh

Suspek sudahpun ditahan pihak polis…

Terkini, pihak polis memaklumkan suspek yang merupakan seorang remaja berusia 19 tahun itu sudahpun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim dan melakukan tindakan pantas selepas mendapat laporan kira-kira jam 8.19 pagi.

Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman.

#ApaKataOhmedia

Apalah yang difikirkan budak umur 19 tahun ni? Sepatutnya dah matang boleh fikir baik dan buruk, lagi-lagi benda tu berlaku dekat masjid. Apapun, kita tunggu siasatan pihak polis dan diharapkan mangsa baik-baik sahaja, mesti trauma adik tu.


Scroll to Top