Tak Serik, Azri Iskandar Kembali Bercinta Dengan Wanita Lain

Tak Serik, Azri Iskandar Kembali Bercinta Dengan Wanita Lain

Pelakon Azri Iskandar masih terbuka untuk kembali hidup berpasangan meskipun selepas beberapa kali gagal dalam hubungan cinta sebelum ini.

Memetik HibGlam, Azri mengakui kini kembali bercinta dan sedang mengenal hati budi seorang wanita, namun enggan berkongsi lebih lanjut kerana bimbang jika tidak menjadi seperti sebelum ini.

BACA: Azri Iskandar Tak Capai ‘KPI’ Sebagai Suami, Datuk Noora Nak Lelaki Bertanggungjawab

“Memang benar saya sedang ‘berkawan’ dengan seorang wanita. Kenal hati budi dulu, kalau sudah betul baru saya cerita. Takut hendak kongsi macam cerita sebelum ini sebab tidak menjadi. Malu sebab perkara itu diperkatakan. Harap -harap tidaklah jadi seperti itu lagi.

“Saya belajar daripada pengalaman, sesuai waktunya barulah boleh bercerita. Nanti nampak macam orang muda sangat, tidak sesuai usia macam saya nak cakap soal cinta,” katanya.

Difahamkan, Azri turut hadir bersama wanita berkenaan dalam sidang media yang diadakan oleh bekas isterinya, Ellie Suriaty semalam.

Menurut Azri lagi, perkenalannya dengan wanita itu turut mendapat persetujuan bekas isteri dan anak-anaknya memandangkan buah hatinya itu adalah rakan Ellie.

“Dia ada bisnes dan merupakan kawan kepada Ellie. Bekas isteri yang minta kami berkawan. Baru kenal dalam dua bulan. Anak-anak juga tiada masalah untuk saya berkawan dengan sesiapa. Apa yang penting saya sihat dan gembira,” katanya.

Tahun lalu, Azri rapat dengan usahawan bernama Datuk Noora Kay, namun hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian apabila wanita itu putuskan hubungan kerana tiada keserasian.

SUMBER: HibGlam


Scroll to Top