Beberapa kawasan di Pantai Timur dan utara Semenanjung Malaysia dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat yang berterusan selama enam hari bermula esok (22 Februari 2025).
Monsun dijangka bermula 22 Februari

Menurut laporan Kosmo, analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun akan memasuki rantau negara hingga 27 Februari 2025 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip.
Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat yang menyeluruh di Kelantan, Terengganu dan utara Semenanjung.
Angin kencang dan laut bergelora dijangka

Dalam masa yang sama, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan, berkuat kuasa dari 24 hingga 27 Februari 2025.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk:
- Berhati-hati jika berada di kawasan berisiko banjir
- Mengelakkan aktiviti di laut sepanjang tempoh ini
- Menyemak maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi dan aplikasi myCuaca
#ApaKataOhmedia
Orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan rendah dan pesisir pantai, disarankan untuk berwaspada serta bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir kilat dan tanah runtuh.
