Ellie Suriaty Sanggup Datang Hospital Jumpa Ibu Imran Bard

Ellie Suriaty Sanggup Datang Hospital Jumpa Ibu Imran Bard

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berkata dia tetap dengan pendiriannya mahu ibu bapa kepada pempengaruh media sosial, Imran Bard untuk tampil memohon maaf.

Memetik mStar Online, Ellie berkata dia sanggup datang ke hospital seperti yang dimaklumkan oleh Imran bahawa ibunya kini sedang berada di wad.

BACA: “Minta Maaf Makcik” – Imran Bard Maklum Ibu Dalam Wad Tak Dapat Minta Maaf

“Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit elok untuk pergi ziarah. Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf,” katanya.

Sementara itu, Ellie berkata dia enggan menerima permohonan maaf Imran yang dimuat naik di video kerana dilihat seperti tidak ikhlas.

“Saya tak harap permohonan maaf dari dia. Video itu nampak dia macam tak ikhlas. Dia yang buat content aibkan nama saya. Jadi kenapa perlu saya jumpa dia dan bertanya? Lebih baik saya jumpa ibu bapa dia,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie berkata sebagai orang berpengalaman dalam industri hiburan, dia tidak melihat konten video yang dibuat Imran itu merupakan satu parodi serta meminta untuk bayangkan jika ibu bapa mereka diperkatakan sedemikian.

“Orang kutuk dan maki tapi mereka tak duduk dalam situasi saya. Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna tema parodi jika tidak faham maksud,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top