Ellie Suriaty Sentap Nama Disebut Dalam Content Parodi, Peguam Asiah Abd Jalil Beri Penjelasan

Ellie Suriaty Sentap Nama Disebut Dalam Content Parodi, Peguam Asiah Abd Jalil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty dikatakan tidak puas hati apabila namanya disebut dalam content parodi yang dibuat oleh Imran Bard di TikTok.

BACA: Ellie Suriaty Gesa Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf, Buat Laporan Polis

Bukan setakat marah, Ellie juga dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang dan meminta ibu bapa Imran tampil memohon maaf.

Nama disebut dalam video parodi, ini penjelasan peguam

Isu ini telah menarik perhatian netizen termasuk peguam terkenal, Puan Asiah Abd Jalil. Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau memberi penjelasan dari sudut undang-undang.

Sebagai seorang peguam, beliau berpandangan umum sedia maklum content yang dihasilkan Imran adalah parodi semata-mata.

Malah, Imran turut menyebut beberapa nama yang lain dan hanya Ellie yang terasa sehingga membuat laporan polis.

Jelas beliau lagi, di bawah RUU pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia, parodi bukan satu jenayah.

“Tiada fitnah dalam video parodi”

Puan Asiah turut mempersoalkan sekiranya Imran Bard dikenakan tindakan saman, apa yang difitnah dalam content tersebut?

Komen saya: Tiada apa yang fitnah dalam VTT parodi tersebut. Semua orang tau, Ellie Suriaty bukan penyanyi, bukan peserta rancangan realiti nyanyian. Imran Bard hanya buat content santai untuk hiburan semata-mata.

Antara tuntutan Ellie yang paling mencuri perhatian adalah dia mahu bapa Imran Bard datang berjumpa dan meminta maaf bagi pihak anaknya.

Namun, menurut peguam jika Imran Bard melakukan kesalahan sekalipun, ia tidak boleh dipalitkan kepada ibu bapa.

Ini kerana pempengaruh berkenaan bukan lagi kanak-kanak dan boleh bertanggungjawab di atas tindakannya sendiri.

Ellie Suriaty Sentap Nama Disebut Dalam Content Parodi, Peguam Asiah Abd Jalil Beri Penjelasan

Jap!

Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Asiah Abd Jalil


The post Ellie Suriaty Sentap Nama Disebut Dalam Content Parodi, Peguam Asiah Abd Jalil Beri Penjelasan appeared first on Oh! Media.

Scroll to Top