Tindakan dramatis, Ellie Suriaty mengenai dakwaan fitnah yang dibuat pempengaruh media sosial, Imran Bard menerusi satu video parodi yang tular di media sosial semakin menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, Ellie menyifatkan ia bukan sekadar video gurauan tetapi kandungan yang telah mencemarkan nama baiknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”
Sedar dengan khilaf dan tuntutan Ellie yang meminta ibu bapanya untuk berjumpa secara empat mata, Imran bagaimanapun tampil menjelaskan hal sebenar.
Katanya, dia masih menghormati Ellie sebagai seorang yang lebih tua apatah lagi dia merupakan seorang artis legenda.
Namun, dia berasa terkilan apabila kenyataan Ellie sebelum ini yang meminta ibu bapanya datang meminta maaf dibuat disaat ibunya sedang dirawat di hospital.
“Guys, don’t get me wrong okay. I still respect mak cik Ellie sebagai orang tua, sebagai Artis veteran. Nak tak nak dia still legend. I still respect her.
“Cumanya, saya tadi sedikit marah sebab mak aku tengah masuk air lepastu tiba-tiba kau suruh mak aku minta maaf semua. So i just feel a bit frustrated. Banyaknya aku kena hadap ni dengan kena balik ke KL, Tangkak then ke Kluang.
“So, at the end of the day, Ellie Suriaty tetap lagi tua daripada aku, tetap artis veteran, aku harus hormati,” katanya.
Perkara itu dimuat naik Imran menerusi platform media sosial miliknya.
Sebelum ini, Imran menerusi hantaran di TikTok memberitahu bahawa video parodi tular tidak menyentuh sebarang isu sensitif sebaliknya ia hanyalah sekadar gurauan.