Rossi bukan lagi CEO MFL

Rossi bukan lagi CEO MFL

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) sebentar tadi mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama badan itu.

Kedua-dua pihak ketika ini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya.

Buat sementara, operasi sekretariat MFL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.

Rossi yang merupakan Delegasi La Liga Malaysia itu menggantikan posisi Datuk Stuart Ramalingam yang tamat kontrak bersama MFL pada 31 Ogos 2024.

Scroll to Top