Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran kepada pelawak popular Saiful Apek susulan dilihat bermesra dengan usahawan sensasi, Kak KM.
Menerusi satu video tular, pelawak itu dilihat memeluk pinggang Kak KM sebelum memberikan kata-kata nasihat mengenai kehidupan.
BACA: PU Syed Tegur Dolla, Pakai Baju Mencolok Mata
PU Syed berkata tindakan menyentuh seseorang yang bukan mahram dan meskipun dianggap seperti adik sendiri ianya tetap dilarang dalam Islam.
Tambahnya lagi, perbuatan tersebut tidak dibenarkan walaupun sentuhan tersebut berlaku tanpa terkena kulit secara langsung, lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut adalah isteri orang.
“Teguran saya kepada Saiful Apek atau Abang Saiful agar berhati-hati, kata-kata abang Saiful memang mantap sekali. Bila mana kita memegang tubuh seorang wanita lebih-lebih lagi wanita tersebut isteri orang, ia tidak dibenarkan syarak,” katanya.
Dalam pada itu, PU Syed berkata seseorang itu perlu muhasabah diri kerana mungkin ada perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja tetapi ianya salah serta perlu berhati-hati.