Selepas pelawak Zizan Razak meluahkan rasa kecewa apabila ada yang berhutang tetapi tak reti bayar, pelakon Anzalna Nasir turut berkongsikan dia berdepan situasi sama.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Anzalna berkata ada rakan yang meminjam wang daripadanya kemudian menghilangkan diri dan senyap tanpa khabar berita.
BACA: “Nampak Macam Anzalna” – DSV Dipuji Cantik Bertudung Bawal
Menurut Anzalna dia segan untuk meminta semula wang miliknya namun beranggapan mereka yang meminjam boleh berfikir untuk membayar semula namun senyap sahaja.
“Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti bayar. Saya senyap sebab malu nak minta. Ingatkan mereka boleh fikir sendiri, tapi masing-masing senyap juga. Dah lima tahun dah senyap, mungkin dah meninggal kot sebab itu senyap je,” selorohnya.
Dalam pada itu, Anzalna berkata mereka yang berhutang dengannya sebelum ini sekian lama tidak berhubung namun tiba-tiba muncul untuk pinjam duit.
“20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit. Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak,” katanya.