Balu allahyarham pelawak, Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah sebelum ini memberi bayangan hatinya sudah dimiliki oleh seorang jejaka selepas beberapa tahun bergelar balu.
Terkini, sebuah video yang dimuat naik oleh kekasih Hidayah, iaitu Amsyar Salim secara terbuka berkongsi beberapa momen-momen mereka bersama di platform TikTok.
Meskipun hanya meletakkan emoji tanda bahagia, pengguna akaun TikTok bernama Amsyar itu meletakkan lagu latar belakang berjudul Die With A Smile nyanyian penyanyi antarabangsa Bruno Mars dan Lady Gaga.
@amsyarsalim 😊
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada Amsyar untuk menjaga dan menyayangi Hidayah serta anaknya, Hamzah dengan penuh keikhlasan.
Artikel Berkaitan: Kongsi Video Bersama Arwah, Hidayah Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Abam – “Walaupun Kita Terpisah 2 Dunia, Rasa Cinta Tetap Macam Dulu”