“Love You Guys” – Lebih Terbuka, DJ Kidd Kongsi Foto Mesra Bersama Emma Maembong

“Love You Guys” – Lebih Terbuka, DJ Kidd Kongsi Foto Mesra Bersama Emma Maembong

Hubungan antara pelakon jelita, Emma Maembong dan deejay kelab malam, DJ Kidd  semakin mengundang perhatian ramai.

Ini kerana, tindakan DJ Kidd yang kini lebih terbuka berkongsi foto mesranya bersama aktres itu di platform media sosialnya ternyata menuai sorotan khalayak.

Menerusi perkongsian di Instagram, DJ Kidd ada memuat naik foto bersama Emma yang kelihatan berdiri disebelahnya bersama dua lagi rakan mereka beserta kapsyen yang tertulis ‘Love You Guys’.

Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, DJ Kidd kelihatan memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak bongsu aktres tersebut, Shakil Aryan Shah.

Video berkenaan juga didakwa dirakam ketika pasangan tersebut sedang berada di sebuah zoo.

Terdahulu, pada Januari lalu, spekulasi mengenai hubungan intim Emma dan DJ Kidd kembali menuai tumpuan selepas lelaki tersebut secara terbuka mendedahkan bahawa Emma kini berada di dalam hatinya.

Selain, terdapat juga dakwaan mengatakan pasangan itu pernah bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar-gambar yang tular di media sosial sebelum ini.

Sekadar info, Emma dan Shazli sebelum ini memilih untuk merahsiakan tarikh sebenar perceraian mereka,.

Bagimanapun, pasangan tesebut sepakat untuk mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak lelaki iaitu, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.

Scroll to Top