Kes pertuduhan khalwat membabitkan pelakon Ruhainies dan penyanyi, Aliff Aziz yang dijadualkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini dipercayai dibawa ke tarikh lain.
Memetik Oh Bulan, ia susulan kedua selebriti mahupun pihak peguam tidak kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sehingga jam 11 pagi tadi.
BACA: “Bagi Saya Fikir Dulu” – Ruhainies Pertimbang Jadikan Aliff Aziz Kekasih
Malah, hasil semakan di senarai nama luar kamar mahkamah juga mendapati tidak tertera nama Ruhainies mahupun Aliff.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan maklumat dari peguam syarie mewakili kedua-dua selebriti tersebut gagal kerana tidak dapat dihubungi.
Pada 17 Oktober lalu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua tarikh iaitu hari ini dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes Aliff dan Ruhainies yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium 9 Mac 2024.
Sebelum ini, pada 3 Julai lalu Aliff dan Ruhainies, 32, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan berkhalwat.
SUMBER: Oh Bulan