20 lembu seludup dari Thailand dirampas

20 lembu seludup dari Thailand dirampas

nfazlina@nstp.com.my

Tanah Merah: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 20 lembu yang diseludup dari Thailand membabitkan nilai RM160,000 di Kampung Lalang Pepuyu di sini, petang semalam.

Rampasan dilakukan Batalion 8 pada 4.45 petang menerusi Op Taring Wawasan selepas pihaknya menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati 20 lembu anggaran berat lebih 10,000 kilogram (kg) dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah.

“Pemandu seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu itu ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM160,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top