WhatsApp digodam, MB Kelantan lapor polis

WhatsApp digodam, MB Kelantan lapor polis

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat laporan polis susulan akaun WhatsApp miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menerusi akaun Facebook memaklumkan laporan polis itu dibuat oleh Pegawai Khasnya.

“Pegawai Khas saya selesai membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, susulan akaun WhatsApp yang digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Disarankan kepada yang telah melakukan transaksi ke akaun ‘keldai’ tersebut dapat membuat laporan polis sesegera mungkin,” katanya.

Beliau sebelum itu meminta orang ramai yang menerima mesej memohon sumbangan menggunakan namanya untuk mengabaikan perkara itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top