Malaysia hadapi cabaran pengurusan 'e-waste'

Malaysia hadapi cabaran pengurusan 'e-waste'

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia menghadapi cabaran unik dalam pengurusan ‘e-waste’ kerana kadar penghasilannya yang tinggi.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ERTH Malaysia, Mohamed Tarek El-Fatary berkata, berbanding negara kurang membangun seperti di Afrika di mana kemudahan pemulihan sering menghadapi kekurangan bekalan akibat jumlah ‘e-Waste’ yang rendah, Malaysia sebaliknya mempunyai lebihan sisa elektronik.

Katanya, 62 juta tan ‘e-Waste’ telah dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan kadar kitar semula hanya kira-kira 22 peratus.

“Saya baru-baru ini melawat semua negara jiran dan saya boleh memberitahu bahawa infrastruktur yang kita ada di Malaysia sebenarnya lebih maju daripada jiran kita.

“Kita mempunyai 68 kemudahan pemulihan berlesen di sini, bermakna bagi setiap juta rakyat kita sebenarnya mempunyai dua kemudahan pemulihan,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Kitar Semula e-Waste Panasonic.

Panasonic Malaysia bekerjasama dengan ERTH dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan sisa elektronik secara bertanggungjawab.

Menerusi kempen bersama ERTH ini, Panasonic komited terhadap kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar selaras dengan visi ‘Create Today, Enrich Tomorrow.’

Kempen yang berlangsung sehingga 30 Jun 2025 ini menawarkan e-baucar Kelab Panasonic bernilai RM50 sekiranya pelanggan mengitar semula sisa e-Waste kepada pasukan Wira ERTH.

Pelanggan yang ingin menyertai hanya perlu mengisi borang dalam talian, dan pasukan Wira ERTH akan menghubungi mereka untuk urusan pengambilan e-Waste dengan mudah.

Turut hadir, Pengurus Besar Perancangan Strategik Panasonic Malaysia, Daisuke Motoki dan Eksekutif Jualan Kanan, Bahagian Jualan Produk Pengguna Panasonic Malaysia, Nic Loh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top