“Jumaat Lepas Aku Kena Sepak Kat Perut, Siapa Nak Gelakkan Aku Lantak” – Fara Salleh

“Jumaat Lepas Aku Kena Sepak Kat Perut, Siapa Nak Gelakkan Aku Lantak” – Fara Salleh

Susulan pendedahan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengenai masalah rumah tangga dihadapinya, ada yang mendakwa ianya kifarah untuknya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Threads, ada yang kurang senang dengan tindakan wanita itu mencanang isu rumah tangganya.

BACA: “Kifarah? Alhamdulillah Balasan Saya Kat Dunia, Insha Allah Ringan Kat Akhirat”

Tidak hanya berdiam diri, Fara berkata berkata selama ini dia hanya fokus pada kandungannya namun tidak mampu lagi bertahan apabila mendakwa perutnya disepak.

“Siapa nak gelak, terpulang. Apa yang terjadi kepada aku tidak jadi pada diri kau. Aku sehabis baik fokus pada anak dari awal aku mengandung, sampailah Jumaat malam lepas aku kena sepak dekat perut,” katanya.

Sementara itu, Fara berkata dia tidak peduli dengan apa yang diperkatakan netizen mengenai kifarah namun adakah dia perlu berdiam diri apabila anak dalam kandungannya dikatakan anak haram.

“Kifarah ke apa, lantaklah. Kau tak ada dosa ke? Cuba kau duduk sini tempat aku, laki kau cakap anak kau haram. Kau nak buat apa?…kifarah kirafah kau takde dosa ke?” tulisnya.


Scroll to Top