Suspek Tembak Setia Alam Maut Ditembak Polis Di Pulau Ketam | Oh! Media

Suspek Tembak Setia Alam Maut Ditembak Polis Di Pulau Ketam | Oh! Media

Seorang lelaki dipercayai suspek utama dalam kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 8 Februari lalu maut ditembak polis dalam satu operasi di Pulau Ketam awal pagi tadi.

BACA: Suspek Tembakan Setia City Mall Acu Senjata Dan Paksa Memandu

Memetik laporan Berita Harian, suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an dengan sembilan rekod jenayah termasuk satu kes berkaitan dadah serta tujuh kes samun.

Suspek maut ditembak di Pulau Ketam

Suspek maut ditembak dalam operasi khas yang dijalankan sekitar jam 3 pagi oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta JSK dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berlaku insiden tembak-menembak ketika serbuan dilakukan di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam.

Ada dua senjata api berisi peluru dengan suspek

tembak sacc

Polis turut menemukan dua senjata api berisi peluru bersama suspek. Namun, belum dapat dipastikan sama ada suspek berada di pulau tersebut kerana bersembunyi selepas kejadian tembak di Setia Alam atau cuba melarikan diri ke luar negara.

Difahamkan, mayat suspek akan dibawa ke jeti Pelabuhan Klang selepas siasatan dan pemeriksaan oleh Unit Forensik Polis selesai dijalankan di lokasi kejadian.


Scroll to Top