Zed Zaidi: Dari Skrin ke Bisnes Digital – KawKaw! Bakal Jadi Game Changer dalam Insurans & Roadtax!

Zed Zaidi: Dari Skrin ke Bisnes Digital – KawKaw! Bakal Jadi Game Changer dalam Insurans & Roadtax!

Siapa tak kenal Zed Zaidi? Pelakon, usahawan, dan juga individu yang lantang bersuara dalam industri seni tanah air. Walaupun dah lama dalam dunia hiburan, Zed masih aktif berlakon dan kini turut terlibat dalam perniagaan digital yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

“Saya masih berlakon macam biasa. Bulan April nanti, saya akan muncul dalam filem Impak Maksima 2 dengan Ahmad Idham. Baru-baru ni pun, filem yang turut dibintangi saya Bukan Hantu Biashe Biashe dah pun keluar,” katanya dengan penuh semangat.

Bukan sekadar pelakon, Zed juga masih aktif sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan ahli perbadanan FINAS. “Saya nak bantu industri seni kita terus maju, jadi saya terlibat dalam pembentukan polisi dan penambahbaikan untuk kebaikan semua.”

Bagi yang tak tahu, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi bin Abdul Jamil dilahirkan di Gombak, Selangor pada 27 Jun 1980. Sebelum bergelar pelakon, beliau pernah menjadi vokalis kumpulan Seven Signs. Antara filem yang melonjakkan namanya termasuk Niyang Rapik (2010), Senjakala (2011), dan Semerah Cinta Stilleto (2010).

Namun, Zed kini bukan sahaja berada di depan kamera, tetapi juga di dunia perniagaan! “Saya dengan dua rakan kongsi tubuhkan syarikat KawKaw Sdn Bhd untuk mudahkan rakyat Malaysia renew roadtax dan insurans secara digital,” katanya. “Kita nak selari dengan aspirasi kerajaan untuk pendigitalan, dan Alhamdulillah, walaupun baru enam bulan beroperasi, sambutan sangat luar biasa!”

Apa yang buat KawKaw! lain daripada yang lain? “Orang ramai tak payah susah-susah pergi ke kaunter. Semua boleh buat online, cepat, senang, dan yang paling penting, harga lebih murah!” ujarnya.

Selain itu, mereka juga telah bekerjasama dengan SPayLater dan GrabPayLater supaya pelanggan boleh bayar secara ansuran. “Sekarang dah tak perlu risau nak bayar sekaligus. Dengan bayaran ansuran ni, ia lebih ringan untuk semua. Dapat bantu rakyat Malaysia dari bebanan bayar langsam dan secara tak langsung dapat menikmati perkhidmatan kami yang terbaik.”

Apa yang paling menarik, jelas beliau, kalau nak super best deal, kena deal dengan consultant profesional mereka. “Manusia masih terbaik berbanding robot,” katanya. Maksudnya, kalau tanya team KawKaw!, bukan setakat dapat harga paling padu, tapi juga servis yang lebih mesra dan faham keperluan korang. Senang cerita, ada orang yang boleh tolong explain dengan jelas, bukan sekadar klik-klik je!

Lagi best, sekarang ni ramai yang lebih suka berkomunikasi melalui WhatsApp, jadi KawKaw! pun tak ketinggalan, korang boleh tanya apa-apa terus dengan team mereka secara mudah dan cepat. Tak perlu pening, semuanya dihujung jari! Hubungi mereka di talian Whatsapp, 013 513 3290 atau 011 913 3290.

Sebagai salah seorang pengarah syarikat, Zed tak lupa untuk berterima kasih kepada lebih 100,000 pengguna yang sudah menggunakan KawKaw!.

“Harapan saya untuk tahun 2025 ni, lebih ramai akan guna perkhidmatan kami sebab bukan sahaja murah dan mudah, tapi juga berkualiti.

“Kami percaya dengan sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia, syarikat kami akan terus berkembang dan menjadi peneraju utama dalam perkhidmatan pembaharuan roadtax dan insurans digital di Malaysia. InshaAllah, kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua!”

Dalam masa yang sama, beliau masih kekal sebagai suara penting dalam dunia seni. “Saya akan terus perjuangkan hak artis tempatan dan pastikan industri kita terus berkembang.”

Jadi, sama ada di skrin atau dalam dunia bisnes, Zed Zaidi tetap bersemangat membawa perubahan. Dari dunia lakonan ke dunia digital, nampaknya Zed tak pernah berhenti melangkah ke hadapan!

Kredit gambar utama: Utusan Malaysia


Scroll to Top