Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meluahkan hasratnya untuk menjual meja snooker miliknya yang menjadi saksi saat getir ketika dia berusaha menyelamatkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees, sebelum pemergiannya beberapa hari lalu.
BACA: Zaquan Adha Luah Perasaan Rindu Selepas Dua Hari Pemergian Anak Syurga
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Zaquan mendedahkan dia meletakkan bayi di meja itu untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ambulan tiba.
Zaquan Adha nak jual meja snuker tempat lakukan CPR

Jelas suami kepada Ayu Raudhah ini lagi, selagi meja berkenaan ada di rumah dia akan terus teringat saat-saat mencemaskan tersebut.
Saya nak jual table ni, sebab dekat table inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulan sampai. Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedaya upaya cuba untuk selamatkan Raees. Jika ada yang betul-betul berminat boleh DM saya.
Di hantaran lain, Zaquan memuat naik gambar pakaian terakhir Allahyarham serta kenangan percutian bersama keluarga besarnya sebelum tragedi menyedihkan itu berlaku.
Allah SWT beri peluang bercuti bersama

Bapa kepada tujuh orang anak ini bersyukur Allah SWT memberikan kesempatan buat keluarga besarnya bercuti bersama-sama.
Terdahulu, Zaquan mengumumkan bahawa anak bongsunya Muhammad Aisy Al Raees, telah menghembuskan nafas terakhirnya.
Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan.
#ApaKataOhmedia
Kehilangan ini pastinya memberi kesan yang mendalam kepada keluarga kecilnya, dan keputusan Zaquan untuk menjual meja snooker tersebut difahami sebagai usaha untuk mengurangkan trauma dan kesedihan yang masih menyelubungi mereka.
