Kemesraan pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan dan kekasih hatinya, aktor tampan Indonesia, Jefri Nichol menjadi sorotan ramai di media sosial.
Terkini, Jefri memuat naik beberapa foto dan video di Instagram (IG) memaparkan beberapa momen manis dan romantis mereka berdua.
Malah, sebuah video meraih perhatian netizen yang menunjukkan Jefri secara ‘spontan’ mencium pipi Ameera yang mesra merangkul erat dalam pelukan kekasihnya itu.
Tindakan tersebut telah mengejutkan segelintir netizen yang kurang senang melihat perbuatan tersebut ditonton oleh khalayak umum.
Malah, netizen juga mendakwa Ameera seolah-olah sudah berubah kerana sebelum ini dia tidak terlalu berkongsi kemesraannya bersama kekasih di media sosial.
Ada juga dalam kalangan mereka yang ‘mention’ IG kakaknya, selebriti Noor Neelofa dan ibunya, Noor Kartini untuk menegur anaknya itu.
Bagaimanapun, dalam sesi siaran langsung sebelum ini Ameera pernah menjelaskan bahawa dia tidak memerlukan validasi daripada orang ramai untuk menentukan kehidupannya, sebaliknya hanya mementingkan sokongan ibu bapa.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”