Johan Ghazali (Jojo) sekali lagi menjadi sasaran kecaman segelintir netizen gara-gara satu headline ‘panas’ yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
BACA: “Lain Semua Boleh Pergi Mampus” – Jojo Bengang Dikritik ‘Coach’ Media Sosial Selepas Kalah
Jojo berasa kecewa dengan tindakan segelintir ‘bangsa sendiri’ yang gemar menjatuhkan sesama sendiri, tampil bersuara di IG Story miliknya, meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap negatif yang ditunjukkan oleh netizen terhadap dirinya.
Jojo respon kepada posting dengan headline ‘panas’

Dalam satu screenshot yang dikongsi, Jojo menyuarakan kebimbangannya bahawa dirinya bakal ‘diserang’ netizen di Facebook ekoran headline tersebut yang seolah-olah mengundang kecaman.
Habis la aku kena serang pakcik makcik facebook
Bukan setakat itu je, malah Jojo turut menempelak tindakan sesetengah media yang sengaja mencipta tajuk berunsur provokatif sehingga mencetuskan reaksi negatif dari netizen.
Suka buat hal la media macam ni
Netizen kecam Jojo ‘kurang IQ’ dalam gelanggang?

Seperti yang dijangka, selepas posting tersebut tular, ruangan komen pun ‘berapi’. Segelintir netizen mula menghentam Jojo dengan mendakwa dirinya sebagai ‘kurang IQ’ ketika berlawan di dalam gelanggang.
Jojo yang tidak berdiam diri tampil memberikan respon bersahaja namun penuh sindiran kepada komen berkenaan.
Baik coach, nanti saya pergi belajar buat pancake ya
Individu dari badan beruniform pun nak kecam?

Lebih mengejutkan, seorang individu dipercayai dari badan beruniform turut melemparkan komen pedas terhadap Jojo dengan menyamakannya dengan Justin Bieber.
Betul lah cikgu saya cakap, budak hingusan ni suka cakap besar macam Justin Bieber
Aik? Sejak bila pula keyakinan dan percaya diri dalam bertarung dianggap sebagai ‘cakap besar’?
Netizen cop Jojo poyo, mental lemau, dan BBNU?

Tapi yang paling panas, ada juga segelintir netizen yang menuduh Jojo sebagai poyo, mental lemau dan BBNU. Mereka turut menyatakan bahawa Jojo tidak akan ke mana dalam dunia Muay Thai dan tidak layak berada di kedudukan 3 terbaik dalam divisyennya.
Nampaknya ada yang berbulu dengan kejayaan anak muda ini!
Jojo Kecewa Dengan Sikap ‘Bangsa Sendiri’


Di penghujung luahan hatinya, Jojo tetap tenang dan tidak mengambil hati terhadap kecaman tersebut. Namun, dia kesal dengan mentaliti segelintir bangsanya sendiri yang lebih suka menjatuhkan daripada menyokong.
Orang yang nak jatuhkan aku ni bukan orang lain, bukan dari negara lain tapi dari bangsa aku, darah aku. Aku tak faham betul lah. Macam mana kita nak maju? Sakit hati kadang-kadang.
Johan Ghazali menggambarkan situasi ini seperti “pisau yang mencucuk hati”, menzahirkan betapa peritnya perasaan apabila diserang oleh ‘orang sendiri’.
#ApaKataOhmedia
Hakikatnya, tak kira siapa kita atau di mana kita berada, tetap akan ada yang tak senang melihat kejayaan orang lain.
Sebagai rakyat Malaysia dan penyokong sukan negara, kenapa tak boleh bagi semangat dan sokong anak muda yang sedang berjuang mengharumkan nama negara? Sikap suka menjatuhkan sesama sendiri ni bukan budaya yang patut dibanggakan. Mentaliti macam ni yang buat kita susah nak maju ke depan.
Apa pun, kita harap Jojo terus fokus dan tak terkesan dengan suara-suara sumbang. Biarkan aksi dalam gelanggang yang jadi bukti sebenar!
