Rozita Che Wan Akhirnya Bebas Dari Hutang MARA, “Ada Kawan-Kawan Menjauh” | Oh! Media

Rozita Che Wan Akhirnya Bebas Dari Hutang MARA, “Ada Kawan-Kawan Menjauh” | Oh! Media

Pelakon terkenal, Rozita Che Wan mendedahkan dirinya kini tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas berjaya melangsaikan hutang tertunggak.

BACA: Che Ta Bayar RM550K Hutang MARA, Masih Berbaki RM400K Perlu Diselesaikan

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta kini sudah bebas hutang dan hanya mempunyai komitmen pinjaman perumahan.

Pilih untuk berdiam diri, hadapi ujian dengan tenang

che ta

Memetik laporan Ohbulan, Che Ta berkata, dia lebih selesa memilih cara matang untuk menangani isu yang melanda dirinya baru-baru ini.

Saya juga rasa tidak perlu untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa pun. Anak saya tidak okay dan mereka jadi hairan mengapa saya boleh jadi sangat tenang. Saya katakan pada mereka jangan bimbang kerana setiap masalah akan berakhir. Allah tidak akan turunkan ujian jika kita sebagai hamba-Nya tidak mampu menghadapi. Allah ada.

Dia mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen kerana ia melibatkan ahli keluarga iaitu anak-anak.

Ada kawan menjauhkan diri

Dalam pada itu, Rozita mengakui bahawa akibat isu hutang yang melanda, ramai rakan-rakan yang mula menjauh daripadanya. Namun, beliau melihat perkara ini sebagai hikmah di sebalik dugaan.

che ta live

Memang ada kawan-kawan menjauhi. Tapi tidak mengapa. Bagi saya, bila Allah turunkan ujian, mungkin Dia mahu jauhkan kita daripada seseorang. Caranya adalah dengan membuatkan seseorang itu pergi.

Kini, Che Ta meneruskan hidup seperti biasa dan berniaga. Che Ta tidak mahu menegakkan benang dengan mengambil kira komen negatif netizen.

Terdahulu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

#ApaKataOhmedia

Dalam hidup, kita tak dapat lari daripada ujian, tetapi cara kita menghadapinya yang menentukan segalanya. Dalam kes ini, Che Ta harus dipuji kerana segera menyelesaikan hutang tertunggak.


Scroll to Top