Mayat wanita ditemukan di tepi sungai dipercayai dibunuh

Mayat wanita ditemukan di tepi sungai dipercayai dibunuh

KUANTAN: Mayat seorang wanita tempatan ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 12.45 tengah hari melaporkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, hasil siasatan awal dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Pakar Patologi Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

ā€œMangsa merupakan seorang wanita berusia 37 tahun yang menetap di daerah ini dan dipercayai bekerja sebagai peniaga makanan.

ā€œMenurut saksi, mangsa berada di lokasi kejadian pada malam 12 Februari sekitar pukul 7.30 malam bagi urusan penghantaran makanan secara COD (pembayaran ketika penghantaran),ā€ katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ā€œPihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Polis juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi balai polis berhampiran,ā€ ujarnya. ā€“ UTUSAN

Scroll to Top