“Tajuk ceramah Menantu Pilihan Mentua tapi saya yang dijemput” – Zizan Razak

“Tajuk ceramah Menantu Pilihan Mentua tapi saya yang dijemput” – Zizan Razak

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak akur apabila menjadi tetamu jemputan untuk program Tazkirah Malam Jumaat bertajuk Menantu Pilihan Mentua, walaupun belum mendirikan rumah tangga.

Kata Zizan atau nama lengkapnya Mohd Razizan Abdul Razak, 41, dia meluahkan rasa syukur kerana dapat menghadiri majlis penuh berkah itu bersama tetamu lain, baru-baru ini.

Menantu Pilihan Mentua

Menantu Pilihan Mentua

Artikel lain: Selepas tujuh tahun berkhidmat, Sharifah Shahirah tinggalkan Suria FM

“Tajuk ceramah semalam (Isnin) Menantu Pilihan Mentua, tetapi saya yang dijemputnya,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil itu hanya memohon doa daripada orang ramai dan berterima kasih kepada anggota kumpulan nasyid UNIC iaitu Fakhrul atas jemputannya.

“Tapi tak mengapa doa yang baik-baik jelah ye. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terima kasih @fakhrulunic untuk berkongsi pentas bersama,” ujarnya.

Menantu Pilihan Mentua

Semoga Zizan segera temui jodoh!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zizan dikurniakan jodoh yang baik dan tidak pernah putus asa dalam mencari pasangan hidup.

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan Zizan dipermudahkan dan netizen memperbanyakkan lagi terlibat dalam majlis agama kelak.

Sumber: Instagram @Zizan Razak

Scroll to Top