Pada Rabu, peminat dikejutkan dengan berita perkahwinan aktor asal Kedah, Fikry Ibrahim yang selamat menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Khalizah Alihan.
Namun begitu, reaksi dan memek muka Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim ketika majlis akad nikah itu telah mengundang perhatian ramai.
Fikry Ibrahim, pengantin paling tak ceria?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat aktor berusa 31 tahun itu tiada seri pengantin seperti kebanyakan raja sehari yang lain pada hari bahagia mereka.
Artikel lain: Fikry Ibrahim tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Khalizah Alihan
Jodoh pilihan sendiri, dah lama kawan
Sebagai salah seorang tetamu yang hadir, individu berkenaan menafikan dakwaan Fikry Ibrahim ‘terpaksa’ berkahwin.
Dia yang dikenali Siti Khodijah berkata, sebagai seorang pengantin, Fikry sendiri yang menguruskan perkahwinan dan tiada sebab ia adalah kahwin paksa kerana keluarga.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut memaklumkan majlis tersebut tiada kad jemputan kerana enggan diketahui pihak media, sebaliknya untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja.
“Bertenang. Jodoh dia, dia yang pilih. Mereka pun dah lama kawan. Bukan sehari dua buat keputusan nak kahwin.
“Dari nikah sampai kenduri, Fikry yang urus sendiri ya. Bukan terpaksa rela ya,”jawabnya.
Terdahulu, tular beberapa foto perkahwinan Fikry Ibrahim bersama pasangannya yang berusia 37 tahun di seauh masjid di Jitra, Kedah.
Difahamkan, wanita pilihan Fikry pernah terbabit dalam dunia hiburan dan pernah menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan. Pasangan ini sah disatukan dengan sekali lafaz.
Sumber: TikTok cikjah24