Individu dakwa Andika Putera tak bayar gaji staf, guna alasan baru berkahwin

Individu dakwa Andika Putera tak bayar gaji staf, guna alasan baru berkahwin

Tular dakwaan pempengaruh media sosial Andika Putera tak bayar gaji pekerja sejak tahun 2024 sehingga menyebabkan stafnya terpaksa merayu kepadanya.

Menerusi satu hantaran di X, twtbiy telah memuat naik beberapa foto tangkap layar perbualan bersama individu yang mendakwa pernah bekerja dengan Andika.

Individu dakwa Andika Putera tak bayar

Andika Putera tak bayar

Menurut individu tersebut, pempengaruh berusia 28 tahun itu tidak membayar gaji pekerjanya sejak dari Disember 2024 sehingga Januari 2025.

Pada masa yang sama, individu itu turut mendakwa Andika meminta pekerjanya meletak jawatan disamping turut meminta simpati agar dia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Tak bayar dari Disember 2024 dan Januari 2025. Kesian, semua dah macam mengemis gaji sendiri.
“Siap suruh staf letak jawatan, bila minta surat berhenti kerja buat lambat. Tak bagi staf buat laporan ke pihak sepatutnya, konon suruh bagi muka sebab dia baru kahwin dan ada anak istimewa.
“Habis yang staf ni lagi lah, nak puasa dah dekat. Mana yang ada anak nak settle hal sekolah lagi. Takde empati, asyik buat konten terpaling Old Money, terpaling isteri doktor,” katanya.

Malah, Andika juga didakwa telah berkata dia layak bercuti dan menggunakan wang persendirian untuk membayar bulan madu bersama isteri barunya.

“Bulan madu sampai RM20k, tapi gaji tak bayar dengan alasan, dia layak bercuti dan tu duit sendiri. Kesian staf-staf yang bergadai harta untuk teruskan hidup,” ujarnya.

Pada masa yang sama, individu itu turut mendakwa Andia pernah menyuruhnya untuk bekerja ketika dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

Artikel lain: Sambil tak henti berselawat, Andika Putera dedah punca elak kongsi wajah isteri

Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan mendakwa pempengaruh itu juga tidak membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) stafnya disamping berkata Andika juga suka mengeluarkan kata-kata kesat.

Individu Andika Putera tak bayar gaji dan KWSP

“Saya bekas pekerja yang masih menunggu gaji untuk bulan Januari. Semua belum terima. Saya dah penat sabar sebab masa berpantang pun suruh kerja dengan alasan diorang bayar gaji.
“Dengan KWSP tak bayar. Dia kaki maki staf kalau apa dia rancang tak jadi, terutama budak sales yang berhempas pulas ikut strategi dia.
“Lepastu selalu nak minta maaf dengan ayat ‘Dika orang biasa, Dika pun ada emosi,” dedahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan Andika walaupun pempengaruh itu seringkali memaparkan gaya hidup yang kelihatan mewah.

Andika Putera tak bayar, malulah

Jahat ye orang macam ni

Andika Putera tak bayar gaji, tapi flex

Sembang mahal tapi tak bayar gaji staf

Dua bulan tak bayar, lama tu….

Sumber: X twtbiy

Scroll to Top