Seorang gadis sebak lepas bantu OKU penglihatan yang terkial-kial mencari straw untuk ditebuk ke cawan supaya dia dapat menyedut minuman sewaktu di tempat makan.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai nurulhasnisahhasim, dia telah memuat naik rakaman yang diambil sewaktu anaknya menghampiri lelaki kurang upaya itu bagi memberikan bantuan.
Gadis sebak lepas bantu OKU, tebukkan straw ke cawan
Dapat dilihat gadis berkenaan terus bertanya kepada lelaki yang sedang duduk di meja makan tersebut dan segera mencapai straw dan membantu menebuk cawan supaya individu terbabit dapat menyedut minumannya.
Dia juga turut mendekatkan tongkat lelaki terbabit ke bahagian tangan agar mudah dicapai untuk bergerak selepas selesai menjamu selera.
Gadis sebak lepas bantu OKU, lihat duduk seorang diri cuba cari straw
Difahamkan, lelaki OKU terbabit telah datang ke tempat menjamu selera itu bersama rakannya sekali walaupun dalam video tidak terlihat individu lain bersamanya.
Ibu luah syukur anak punya sifat empati tinggi
Susulan daripada itu, pengguna TikTok yang juga ibu kepada gadis berkenaan meluahkan rasa syukur kerana mempunyai anak yang cukup tinggi rasa empati dan berharap agar cahaya matanya itu akan menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain.
Artikel lain: “Jadi anak baik meski kami tak sempurna” – Luahan pasangan OKU undang sebak
Terima kasih orang baik
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif dengan memuji tindakan baik dilakukan gadis berkenaan terhadap insan yang memerlukan.
Mereka juga memberi penghargaan kepada ibu bapa gadis tersebut kerana berjaya mendidik anak dengan nilai-nilai murni sehingga membesar menjadi individu yang bermanfaat.
Kita pun sebak tengok dia sebak
Bagus didikan ibu bapa
Semoga segala urusan gadis tersebut serta keluarganya terus dipermudah dan jangan berhenti untuk berbuat baik kepada semua orang.
Sumber: TikTok nurulhanisahhasim