Aliff Rakib Mohon Kepada Netizen Supaya Berhenti Membandingkan ‘Fighter’ Malaysia | Oh! Media

Aliff Rakib Mohon Kepada Netizen Supaya Berhenti Membandingkan ‘Fighter’ Malaysia | Oh! Media

Fighter Muay Thai Negara, Ahmar Nor Iman Aliff Rakib, tampil bersuara meminta netizen supaya hentikan budaya banding-membanding fighter Malaysia yang berjuang di pentas ONE Championship.

BACA: “Lain Semua Boleh Pergi Mampus” – Jojo Bengang Dikritik ‘Coach’ Media Sosial Selepas Kalah

Menurut Aliff, setiap fighter yang naik ke gelanggang pasti memasang impian untuk menang, tapi lumrah sukan, ada kalah dan menang.

“Setiap orang ada impian untuk menang, tapi..”

aliff rakib muay thai

Apa yang lebih penting, peminat perlu terus memberi sokongan penuh supaya atlet negara lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan.

Setiap orang ada impian, menang kalah itu adat permainan. Apa pun, terima kasih atas sokongan anda. Sokongan anda semua amat bermakna kepada kami – Kata Aliff.

Aliff Rakib, baru-baru ini mencuri perhatian dunia selepas menumbangkan fighter dari Rusia, Shamil Adukhov, hanya dalam 70 saat pada pusingan pertama menerusi knocked out.

one championship

Wujud segelintir peminat yang mula membandingkan

aliff rakib

Selain Aliff, dua lagi nama besar dalam arena ini, Johan Ghazali (Jojo) dan Riffdean Masdor, juga beraksi di pentas yang sama.

Namun, Johan tewas bermaruah kepada Johan Estupinan bulan lalu, manakala kemenangan Riffdean disekat oleh Petninmungkorn Captainkaneboxing di ONE Friday Fights 93.

Disebabkan keputusan berbeza ini, wujud segelintir peminat yang mula membandingkan ketiga-tiga mereka. Tapi, realitinya mereka bertarung dalam kelas berat berbeza! Jojo berada dalam kategori flyweight, Aliff Rakib di strawweight, dan Riffdean pula atomweight.

#ApaKataOhmedia

Bagi Ohmedia, kami sangat bersetuju dengan kata-kata Aliff Rakib, kita sebagai netizen dan penyokong kepada atlet negara, seharusnya memberikan sokongan penuh kepada mereka tanpa ada sifat ‘select’ kerana setiap dari mereka telah melakukan yang terbaik buat Malaysia.


Scroll to Top