Tular di media sosial satu kejadian yang mencetuskan kemarahan netizen. Dalam video itu, seorang wanita dilihat menolak kepala pak cik teksi di tepi lebuh raya sehingga kopiah yang dipakai terjatuh.
Difahamkan, wanita dan pak cik berkenaan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kenderaannya dilanggar daripada belakang.
Sikap biadap, tolak kepala pak cik tua
Rakaman tular dipercayai diperoleh daripada dashcam sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Lebih menyedihkan apabila pak cik berkenaan dilihat mengutip kopiah yang jatuh ke bawah.
Kejadian ini mengundang pelbagai reaksi di mana rata-rata netizen mengecam sikap kurang ajar individu terbabit terhadap warga emas.
Netizen luah rasa berang
![pak cik](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-pak-cik-1.jpeg)
Menurut netizen, meskipun pak cik berkenaan melakukan kesalahan, dia tidak layak dilayani sedemikian.
Insiden seperti ini juga menunjukkan betapa hilangnya rasa hormat terhadap golongan yang lebih tua dalam masyarakat hari ini.
#ApaKataOhmedia
Tak kira dalam apa jua situasi, orang tua haruslah dilayani dengan penuh rasa hormat. Sebagai golongan muda, jadikan akhlak dan kesopanan sebagai keutamaan, jangan sampai hilang nilai kemanusiaan kerana terlalu ikutkan emosi ya.
![Wanita Kurang Ajar Tolak Kepala Pak Cik Teksi, Netizen Geram Dengan Sikap Biadapnya | Oh! Media Wanita Kurang Ajar Tolak Kepala Pak Cik Teksi, Netizen Geram Dengan Sikap Biadapnya | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-biadap-1-1000x600.jpg)