Nama Ammar Nazhan kini menjadi perbualan hangat di Malaysia dan Indonesia selepas pihak polis negara jiran mengesahkan berita kehilangan rakannya di hutan Bandung adalah palsu.
Walaupun dihujani kecaman, Ammar dilihat tenang menghadapi situasi ini.
Ammar Nazhan edar makanan percuma lepas solat Jumaat
Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, Ammar dan rakan-rakannya dilihat mengagihkan makanan percuma kepada penduduk setempat selepas menunaikan solat Jumaat.
Kita baru selesai solat Jumaat dengan team saya, jadi kami nak buat sedikit beri makanan kepada penduduk di sekitar kawasan ini.
Namun, usaha ini tidak diterima baik oleh netizen yang mendakwa Ammar hanya cuba āmenutup kesalahanā selepas kontroversi yang tercetus.
Netizen dakwa sekadar ādamage controlā?
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-image-63-900x600.png)
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen menyindir Ammar dan mengatakan tindakannya sekadar strategi untuk membersihkan nama selepas dikecam teruk.
Lepas buat hal baru nak buat baik.
Nak jadi Aisar Khaled ke ni?
Namun, ada juga yang tetap menyokong dan mendoakan Ammar terus kuat.
#ApaKataOhmedia
Buat baik itu tak salah, tapi niat dan timing memainkan peranan penting. Bila ada kontroversi, apa saja tindakan pasti akan dipersoalkan. Mungkin lebih baik diam sebentar, belajar dari kesilapan, dan kembali dengan lebih matang.
![Ammar Nazhan didakwa cuba tutup kesalahan Ammar Nazhan didakwa cuba tutup kesalahan](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-img_8963-1000x600.jpeg)