![Kinoshi janji cabaran sengit buat Pahang Kinoshi janji cabaran sengit buat Pahang](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/02/08/2998796.jpg)
Pemain Selangor FC giant menjalani latihan sebagai opersiapan berdepan Sri Pahang di Stadium MBPJ. Foto Facebook Selangor FC
PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, memberi jaminan Sri Pahang FC akan berdepan cabaran sengit apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.
Malah, Kinoshi menjanjikan The Red Giants akan menampilkan pendekatan berbeza berbanding ketika tewas kepada skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad itu dalam pusingan 16 Piala Malaysia pada 1 Disember lalu.
![Kinoshi](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/02/08/2998797.jpg)
Kinoshi
“Saya tiba di sini kurang daripada seminggu ketika Selangor berdepan Pahang dan kini sudah dua bulan semuanya berlalu.
“Sekarang saya faham setiap pemain cuba memahami gaya permainan saya. Dan saya cuba memahami gaya permainan mereka. Saya berharap keputusan perlawanan kali ini lebih baik.
“Kita juga akan perbaiki setiap kelemahan pasukan supaya dapat mengekalkan keputusan positif untuk terus berada dalam kelompok teratas Liga Super,” katanya.