Nama Youtuber Ammar Nazhan sekali lagi menjadi perhatian apabila mencipta kontroversi mengenai kehilangan sahabatnya semasa aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu Bandung, Indonesia.
Rupa-rupanya, kejadian terbabit hanyalah rekaan semata-mata dan Ammar sudah tampil meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.
BACA: Ammar Nazhan Dan Aras Akhirnya Mengaku Hanya Lakonan, Tulis Surat Permohonan Maaf Panjang Lebar!
Antara yang tampil memberikan teguran mengenai insiden ini adalah personaliti media sosial terkenal, Aisar Khaled.
Aisar Khaled bersuara, beri teguran kepada content creator
Memetik laporan mStar, Aisar berpendapat pencipta kandungan atau content creator haruslah berpada-pada dalam membuat sesuatu perkara.
Seorang pencipta kandungan ni mereka mahukan perhatian untuk naikkan penonton mereka. Mereka ini bukan tidak bagus, tetapi disebabkan buntu daripada segi idea dan tiada orang mahu bagi nasihat yang baik.
Aisar yang popular di Indonesia menasihati content creator supaya perbaiki ‘content’ yang dikenalpasti sebagai tidak betul.
Mereka haruslah berfikir dahulu dan memastikan content yang dihasilkan memberi pengajaran serta manfaat kepada penonton.
Aisar terkenal di Indonesia sebagai influencer dermawan
Untuk makluman, Aisar Khaled merupakan influencer yang terkenal dengan gaya penyampaian yang energetik dan sering mencipta kandungan berbentuk hiburan serta cabaran yang menarik minat golongan muda.
Aisar juga terkenal dengan sikapnya yang dermawan dan kerap berkongsi rezeki dengan para pengikut media sosial.
Terbaru, Aisar telah dilantik sebagai duta jenama pakaian Elrah Exclusive dan berhasrat untuk membantu memperluaskan jenama itu ke pasaran Indonesia.
#ApaKataOhmedia
Rasanya Ammar Nazhan boleh pertimbangkan untuk berguru dengan Aisar Khaled. Dapatkan tips bagaimana untuk mencipta content yang boleh tembus ke Indonesia. Tak perlulah sampai ‘berlakon’ untuk meraih perhatian.